PENULIS

Anak ke enam daripada sembilan adik beradik, mendapat pendidikan awal di SK. Tampulan, Telipok. Selepas menamatkan pengajian selama enam tahun di sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran ke SM. St. Peter’s Telipok, yang ketika itu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Beliau terpaksa duduk dua tahun di Tingkatan Peralihan. Selepas tamat Tingkatan 3, beliau meneruskan pelajarannya ke SMK. Likas, Kota Kinabalu. Dua tahun di SMK. Likas, beliau mendapat tawaran memasuki Maktab Perguruan Kent, Tuaran dalam tahun 1978 .Dua tahun menimba ilmu keguruan, beliau ditempatkan di SK. Sungai Pukul, Sabatik, Tawau. Beliau bernasib baik, kerana permohonan pertukarannya telah diluluskan setengah tahun kemudian. Beliau di tugaskan di salah sebuah sekolah di Sabah . Beliau meneruskan cita-citanya mendapatkan kelulusan akademik yang lebih tinggi. Tanpa membuang masa, beliau menduduki peperiksaan STPM sebagai calon persendirian. Usaha yang tak kenal penat membuahkan hasil. Beliau berjaya mencapai kejayaan dalam peperiksaan tersebut. Seterusnya, beliau meneruskan pengajiannya ke peringkat ijazah. Selama empat tahun memeras tenaga dan wang ringgit, beliau berjaya memiliki ijazah dalam tahun 2004. Sebagai Bachelor Of Management With Honours, beliau berjinak-jinak dalam bidang perniagaan Internet. Beliau juga giat dalam bidang kesusasteraan dan ugama. Masa beliau banyak tertumpu dalam bidang pengajian Toriqat dan falsafah Islam, di bawah pimpinan Kiaie Hj. Muhammad Saman Al-Banjari, Ulama terulung Indonesia.

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com offers free mobile phones. | Thanks to PalmPreBlog.com, Facebook Games and Fettverbrennungsofen