SEJARAH PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

Angkasa lepas merupakan kawasan yang amat luas di luar atmosfera Bumi. Beberapa masalah perlu diatasi dalam kerja – kerja penerokaan angkasa lepas, iaitu:
• Geseran dengan zarah – zarah udara semasa melintasi atmosfera Bumi.
• Daya tarikan graviti semasa melintasi atmosfera Bumi.
• Kekurangan oksigen di angkasa lepas.
• Ancaman sinaran dan haba yang dibebaskan oleh Matahari.

PERKEMBANGAN ROKET
Roket telah digunakan sejak dahulu lagi tetapi tidak digunakan untuk tujuan meneroka angkasa lepas sehingga ahli astronomi mencadangkan penggunaan roket untuk ke angkasa lepas.
• Orang Cina telah menggunakan roket bahan api dalam peperangan sejak 800 tahun dahulu.
• Roket yang sempurna kemudiannya dicipta oleh orang Jerman dalam perang dunia kedua.
• Teknik ini kemudiannya telah digunakan oleh ahli sains Amerika Syarikat dan Russia untuk melancarkan roket ke angkasa lepas.
Sejak itu persaingan penerokaan angkasa lepas yang hebat telah berlaku di antar kedua – dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Russia. Roket – roket yang awal tidak membawa manusia dan dipandu melalui kawalan di Bumi. Penerokaan angkasa lepas bermula dengan menetapkan satelit buatan manusia di angkasa Bumi. Ini diikuti oleh penghantaran prob – prob ke Bulan dan planet – planet yang berdekatan dengan Bumi. Binatang dan manusia kemudiannya dihantar ke angkasa bersama kapal angkasa. Angkasawan – angkasawan kemudiannya telah berjaya terbang di angkasa dan mendarat di Bulan.
Kapal angkasa ulang – alik (space shuttle) iaitu kapal angkasa yang boleh digunakan berualng kali telah dicipta oleh Amerika Syarikat dan telah dilancarkan untuk menjimatkan kos pelancaran.

PERISTIWA PENTING DALAM PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

Oktober 1957 Sputnik I, satelit buatan manusia yang pertama dilancarkan oleh Russia untuk mengorbit Bumi.
November 1957 Sputnik II, mengorbit Bumi bersama seekor anjing. Satelit ini terbakar semasa memasuki atmosfera Bumi.
1958 Satelit komunikasi dihantar ke angkasa lepas untuk memudahkan komunikasi radio.
1958 Explorer I dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan menemui lapisan medan magnet di atmosfera Bumi.
1959 Lunar I dan Lunar II, kapal angkasa pertama dicipta oleh Russia dan dilancarkan untuk memerhati dan mengambil gambar permukaan Bulan. Lunar II terhempas di permukaan Bulan.
1961 Vostok I dilancarkan oleh Russia untuk mengorbit Bumi. Yuri Gagarin merupakan manusia pertama yang keluar dari atmosfera Bumi dan beliau kembali dengan selamat ke Bumi selepas 108 minit Vostok I berada di angkasa.
1962 Mariner II merupakan prob pertama Amerika Syarikat dilancarkan dan bergerak ke Zuhrah.
1963 Tiros merupakan satelit cuaca dilancarkan untuk mengambil gambar corak awan di Bumi.
1964 Mariner IV, prob Amerika Syarikat dilancarkan ke Marikh.
1965 Voshkod II, kapal angkasa Russia dilancarkan. Alexei A. Leonov merupakan orang pertama berjalan di angkasa lepas selepas beliau berjalan di atas kapal angkasanya dengan menggunakan kabel bersalut emas.
1966 Lunar 9, kapal angkasa Russia berjaya mendarat di Bulan. Tiada angkasawan yang dibawa bersama kapal angkasa ini.
21 Julai 1969 Apollo II, kapal angkasa Amerika Syarikat berjaya mendarat di Bulan. Neil Armstrong merupakan manusia pertama yang menjejakkan kakinya di Bulan. Beliau dan dua orang angkasawan yang lain tiba dengan selamat di Bumi.
1971 Salyut, stesen angkasa lepas dilancarkan oleh Russia untuk mengorbit Bumi.
1972 Pioneer 10, prob Amerika Syarikat dilancarkan ke planet Musytari.
1973 Skylab, stesen angkasa lepas Amerika Syarikat dilancarkan
1973 • Pioneer 11 dilancarkan ke planet Zuhal.
• Mariner 10 dilancarkan ke planet Utarid.
Kedua – dua prob dilancarkan oleh Amerika Syarikat.
1976 Viking I mendarat di permukaan Marikh.
1979 Voyager I dilancarkan untuk mengambil gambar foto di planet Musytari.
1986 Voyager II melintasi ruang angkasa planet Uranus.
1989 Voyager II melintasi ruang angkasa planet Pluto dan keluar dari sistem suria kita.
1990 Kapal angkasa Discovery dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Kapal angkasa ini membawa lima orang angkasawan dan meletakkan Teleskop Angkasa Hubble pada orbit di luar Bumi.
1996 Measat I dan Measat II, satelit persendirian Malaysia dilancarkan. Satelit ini berupaya memberikan liputan yang meluas dan meliputi Asia Barat termasuk India, Korea Selatan, Jepun, Korea dan Australia.
2000 ISS (International Space Station) yang dibiayai oleh 16 negara dunia telah dilancarkan. Mengikut perancangan, stesen ini dijangka siap pada 2006.
Julai 2004 Cassini, kapal angkasa NASA telah berjaya mengorbit planet Zuhal selepas mengembara selama tujuh tahun dari Bumi. Prob ini akan mengkaji planet Zuhal, gelang-gelang disekelilingi planet ini dan mengkaji asal – usul 31 bulan bagi planet ini.
2005 Angkasawan antarabangsa berjaya mencerap planet terbesar di luar sistem suria ini dan pertama kali planet di luar sistem suria dikesan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

• Teleskop Angkasa Hubble mampu mencerap objek yang berada jauh dari sistem suria kita. Teleskop ini sentiasa memberikan imej objek yang baru sehingga sekarang.

• ISS (International Space Station) yang dijangka siap pada tahun 2006 merupakan sebuah stesen yang boleh menampung kehidupan manusia di luar atmosfera Bumi. Stesen ini dilengkapi dengan kemudahan asas, sebuah penjana elektrik dan makmal angkasa. Saiznya lebih kurang sebuah padang bola sepak apabila siap. Stesen ini mengorbit Bumi setiap 90 minit dengan kelajuan 27 000 kilometer per jam (27 000 km/j) dan ketinggian sebanyak 400 kilometer dari atmosfera Bumi.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com offers free mobile phones. | Thanks to PalmPreBlog.com, Facebook Games and Fettverbrennungsofen