Ahli Sunnah Wal Jamaah, Jalan Yang Benar
Muktahir ini kita seringkali mendengar seruan pelbagai pihak yang mengungkapkan kata-kata ‘kembali kepada al-Quran dan sunnah’. Pelbagai tema dan cara digunakan. Ada di antaranya menggunakan istilah bahtera tajdid, mendirikan Daulah Islamiyyah, toleransi agama dan sebagainya. Namun adalah amat mengecewakan apabila kita mendapati seruan-seruan ini sebenarnya digunakan bagi mengaburi mata hati masyarakat terhadap kesesatan dan penyelewengan ajaran Islam oleh golongan-golongan ini.
Golongan wahabbiyah/salafi dan ajaran-ajaran sesat seperti Gerakan Pemuda Kahfi (GPK)/Negara Islam Indonesia (NII), anti hadis dan sebagainya sering mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia tidak mengikut ajaran Rasulullah s.a.w dalam pelbagai perkara mencakupi persoalan akidah, syariat dan juga ibadah. Walhal sebenarnya mereka inilah yang mengingkari syariat agama ALLAH s.w.t serta sunnah dan ajaran Rasulullah s.a.w.
Justeru, saya mengambil inisiatif untuk menulis tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) secara berperingkat-peringkat sebagai satu alternatif buat pembaca dan masyarakat mengenali dan memahami apa dan siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Surah Ali-Imran :102).
DEFINISI SUNNAH.
As-sunnah di dalam bahasa Arab bermaksud ath-thariqah, yang bererti kaedah, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa yang melakukan sunnah baik dalam Islam, maka selain memperoleh pahala bagi dirinya, juga mendapat pahala daripada orang yang mengamalkan sesudahnya, tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka. Dan barangsiapa yang melakukan sunnah yang jijik dalam Islam, maka selain mendapat dosa bagi dirinya, dia juga memperoleh dosa orang yang melakukan sesedahnya, tanpa mengurangi sedikit pun”.
Menurut ahli usul, sunnah ialah “sesuatu yang dinukil daripada Nabi s.a.w secara khusus. Tidak ada nasnya dalam al-Quran, tetapi dinyatakan oleh Nabi s.a.w sekaligus merupakan penjelasan awal isi al-Quran” (as-Syatibi, al-Muwafaqat)
Pengertian sunnah didasarkan atas dalil syar’i, baik yang terdapat di dalam al-Quran mahupun yang berasal dari Rasulullah s.a.w atau merupakan ijtihad para sahabat r.a seperti mengumpulkan musyhaf, menetapkan pembacaan al-Quran dengan satu bahasa dan membukukannya.
Untuk membahas ilmu ini, para ulama hadis telah menyusun kitab-kitab sunnah. Istilah sunnah menurut ulama hadis mutakhirin lebih ditekankan kepada aspek akidah kerana aspek ini di anggap begitu penting, termasuk bahaya penyelewengannya. Namun jika diperhatikan dengan saksama, lafaz ini lebih merujuk kepada jalan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a baik dari sudut ilmu, amal, akhlak ataupun dari segi kehidupan lainnya.
Kerana itu, al-Fudhail bin Iyadh mengatakan “ahli sunnah ialah orang-orang yang terkenal hanya mahu memakan makanan yang halal. Dan memakan makanan yang halal merupakan perilaku yang paling penting dalam sunnah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda”
SJ berhenti dahulu di sini. Penulisan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) akan disambung pada siri yang akan datang. Segala yang baik datangnya dari ALLAH, manakala kekurangan dan kesilapan itu datangnya dari diri manusia sendiri. Wallahu alam.
Setelah menerangkan tentang definisi sunnah di dalam posting bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah : Jalan Yang Benar (klik di sini), banyak komen dan pendapat yang diterima oleh SJ dari para pembaca. Sebagaimana jawapan SJ di ruangan komen tersebut, penulisan ini baru sahaja berputik dan penulis akan cuba menerbitkannya pada setiap minggu.
Pada minggu ini pula, kami ingin mengajak anda untuk sama-sama melihat apakah pula definisi al-jamaah. Ini kerana, adalah amat penting untuk kita mengetahui definisi seperti as-sunnah dan al-jamaah bagi membantu kefahaman dalam bab-bab berikutnya.
DEFINISI JAMAAH.
Menurut bahasa, kata jamaah berasal dari al-ijtima’ yang bermaksud berkumpul atau bersatu. Namun jika lafaz jemaah dirangkaikan dengan as-sunnah, menjadi ahli sunnah wal jamaah, maka yang dimaksudkan ialah pendahulu umat ini iaitu mereka yang terdiri dari para sahabat, tabi’in dan tabiut tabi’in yang bersatu mengikuti kebenaran yang jelas daripada Kitabullah dan sunnah Rasul-NYA s.a.w. (Harras, Syarah al-Wasithiyyah, hlm.16).
Demikianlah, apa yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat r.a merupakan kebenaran yang diteladani dan diikuti. Ketika Abdullah bin Mubarak ditanya tentang al-jamaah, beliau menjawab “Abu Bakar dan Umar”. Ketika dikatakan kepada beliau bahawa Abu Bakar dan Umar telah wafat, beliau menjawab “fulan dan fulan”. Ketika dikatakan kepada beliau bahawa mereka juga telah wafat, beliau menjawab “Abu hamzah as-Sukri adalah jamaah” (al-Baghawi 1:205).
Istilah jamaah, menurut penafsiran lbnu Mubarak tersebut, adalah orang yang memiliki sifat-sifat teladan yang sempurna berdasarkan Alquran dan Sunnah Nabi. Karena itu, beliau membuat perumpamaan dengan orang-orang yang menjadi teladan. Maka, disebutlah nama ulama sezamannya, Abu Hamzah as-Sukri, dan bukan ulama lainnya. Alasan beliau, Abu Hamzah termasuk ahli ilmu yang memiliki keutamaan dan berlaku zuhud.
Sebagian ulama berbeza pendapat mengenai penjelasan hadis-hadis Nabi yang mewajibkan beriltizam (berpegang-teguh) kepada jamaah dan melarang keluar daripadanya.
Menurut pengamatan, hadis-hadis tersebut sama sekali tidak bertentangan. Namun, untuk melengkapi pembahasan ini, disebutkan pendapat-pendapat tersebut sebagai berikut:
1.Sebagian ulama berpendapat bahawa yang dimaksud al-jamaah ialah para sahabat saja, dan bukan orang-orang sesudah generasi mereka. Sebab, para sahabat itulah yang sesungguhnya telah menegakkan tonggak-tonggak ad-dien dan menancapkan paku-pakunya. Dan mereka tidak berhimpun di atas kesesatan. (Lihat Asy-Syathibi, Al-l’thisham 2:262). Pendapat ini diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz r.a.
Menurut pendapat ini, lafaz al-jamaah sesuai dengan riwayat lain dalam sebuah hadis Nabi: “…yakni jalan yang aku tempuh dan para sahabatku.” Kalimat hadis ini menunjuk kepada perkataan, perilaku, dan ijtihad mereka. Dengan demikian, lafaz tersebut menjadi hujjah secara mutlak dengan kesaksian Rasulullah s.a.w, khususnya dengan sabda beliau: “Hendaklah kalian berpegang teguh pada Sunnahku dan Sunnah para Khalifah ar-Rasyidin…”
2. Ada sementara ulama yang mengertikan al-jamaah itu adalah Ahli Ilmu, Ahli Fikih, dan Ahli Hadis dari kalangan Imam Mujtahidin. Sebab, Allah telah menjadikan mereka hujjah atas manusia dan mereka menjadi panutan dalam urusan ad-dien. (Fathul Bari 13:27). Pendapat ini dari al-Bukhari dalam kitabnya bab Wa Kazalika Jaalnakum Ummatan Wasathan (Demikian pula Kami jadikan kamu umat pertengahan) dan perintah Nabi s.a.w untuk beriltizam kepada al-jamaah beliau mengatakan bahwa mereka (al-jamaah) itu adalah Ahli llmu. (Fathul Bari 13:316)
Menurut Tirmidzi, para ahli ilmu menafsirkan al-jamaah dengan ahli fikih, ahli ilmu, ahli hadis. Kemudian beliau membawakan riwayat dari lbnu Mubarak yang memberikan jawapan, “Abu Bakar dan Umar” sewaktu ia ditanya mengenai al-jamaah. (Sunan Tirmidzi 4:465)
Ibnu Sinan berpendapat, “Mereka (al-jamaah) adalah Ahli ilmu dan orang-orang yang punya atsar. (Syaraf Ashabul Hadits, hlm. 26-27). Berdasarkan pendapat ini, maka al-jamaah adalah Ahli Sunnah yang alim, arif, dan mujtahid. Maka tidaklah termasuk al-jamaah mereka yang ahli bid’ah dan orang-orang awam yang taklid. Sebab, mereka tidak boleh diteladani dan biasanya kaum yang disebut terakhir ini hanya mengikuti ulama.
3. Ada ulama yang mengatakan bahwa al-jamaah ialah jamaah Ahlul Islam yang bersepakat dalam masalah syara’. Mereka tidak lain adalah Ahli ljma’ yang senantiasa bersepakat dalam suatu masalah atau hukum, baik syara’ mahupun aqidah. Pendapat ini didasarkan pada hadis Nabi yang artinya: “Umatku tidak bersepakat dalam kesesatan.” (al-I’tisham 2:263)
Ibnu Hajar membincangkan pendapat Bukhari yang mengatakan bahwa mereka (al-jama’ah) adalah Ahli ilmu, sebagai berikut: “Yang dimaksud al-jama’ah ialah Ahlul Hal wal ‘Aqdi, yakni mereka yang mempunyai keahlian menetapkan dan memutuskan suatu masalah pada setiap zaman.”
Adapun menurut al-Karmani, “Yang dimaksud perintah untuk beriltizam kepada jamaah ialah beriltizamnya seorang mukallaf dengan mengikuti kesepakatan para mujtahidin. Dan inilah yang dimaksud Bukhari bahwa ‘mereka adalah Ahli llmu’.” Ayat yang diterjemahkan Bukhari dijadikan hujjah oleh Ahli Ushul karena ijma’ adalah hujjah. Sebab, mereka (Ahli llmu) dinilai adil, sebagaimana firman Allah (Al-Baqarah 143); “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil….” Pernyataan ayat ini menunjukkan bahwa mereka terpelihara dari kesalahan mengenai apa yang telah mereka sepakati, baik perkataan maupun perbuatan. (Fathul Bari 13:316). Pendapat ini merujuk kepada pendapat kedua.
4. Ada ulama yang mengatakan, jama’ah adalah as-Sawadul A’zham (golongan majoriti). Dalam kitab An-Nihayah disebutkan; “Hendaklah kamu mengikuti as-Sawadul A’zham, yaitu majoriti manusia yang bersepakat dalam mentaati penguasa dan menempuh jalan yang lurus.” (An-Nihayah 2:419). Pendapat tersebut diriwayatkan dari Abi Ghalib yang mengatakan, sesungguhnya as-Sawadul A’zham ialah orang-orang yang selamat dari perpecahan. Maka urusan agama yang mereka sepakati itulah kebenaran.
Barangsiapa menentang mereka, baik dalam masalah syari’at mahupun keimanan, maka ia menentang kebenaran; dan kalau mati, ia mati jahiliah. (Al-I’tisham 2:260). Di antara orang lain yang berpendapat demikian ialah Abu Mas’ud al-Anshari dan lbnu Mas’ud r.a.
Asy-Syathibi berpendapat,
“Berdasarkan pendapat ini, maka yang temasuk al-jamaah ialah para mujtahid, ulama, dan ahli syariah yang mengamalkannya. Adapun orang-orang di luar mereka, maka termasuk ke dalam hukum mereka (di luar jamaah), sebab orang-orang tersebut mengikuti dan meneladani mereka. Maka setiap orang yang keluar dari jamaah mereka, bererti ia telah menyimpang dan menjadi tawanan syaitan. Yang termasuk kelompok ini ialah semua ahli bid’ah (dholalah), kerana mereka telah menentang para pendahulu umat ini. Sebab itu, mereka sama sekali tidak termasuk as-Sawadul A’zham.” (AI-l’tishaita 2:261)
5. Ada ulama yang mengatakan bahwa al-jamaah ialah jamaah kaum muslimin yang sepakat atas seorang amir (penguasa). Ini adalah pendapat ath-Thabari yang menyebutkan pendapat-pendapat terdahulu. Kemudian ia mengatakan,
“Ya benar pengertian tentang beriltizam kepada jama’ah ialah taat dan bersepakat atas amirnya. Maka barang siapa melanggar bai’atnya, ia telah keluar dari al-jama’ah.” (Fathul Bari 13:37).
Rasulullah s.a.w telah menyuruh umatnya agar beriltizam kepada pemimpinnya, dan melarang umat mengingkari kesepakatan tentang pemimpin yang lelah diangkatnya. (al-l’tisham 2:264).
Menurut Thabari, jika jama’ah itu telah sepakat dengan redha untuk mengangkat seorang pemimpin, sedangkan orang yang menentangnya mati dalam keadaan jahiliah, maka itu al-jama’ah yang digambarkan Abu Mas’ud al-Anshari. Mereka adalah majoriti dari ahli ilmu dan agama serta pengikutnya. Mereka itulah as-Sawadul A’zham, (al-I’tisham 2:264).
Dengan demikian, al-jama’ah menurut pendapat ini- ialah kesepakatan atas pemimpin yang sesuai dengan Alquran dan Sunnah. Adapun kesepakatan yang memyalahi Sunnah berarti telah keluar dari makna al-jamaah yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasul. (al-I’tisham 2:265).
Itulah pendapat-pendapat penting mengenai makna aljamaah sehingga kita diperintahkan untuk beriltizam kepadanya. Dari pendapat-pendapat tersebut, akhirnya kita dapat menarik dua kesimpulan:
1. Ia disebut jama’ah apabila bersepakat dalam hal memilih dan mentaati seorang pemimpin yang sesuai dengan ketentuan syara’. Kita wajib berijtizam kepadanya dan haram keluar daripadanya.
2. Jama’ah adalah jalan yang ditempuh oleh Ahli Sunnah yang meninggalkan segala macam bid’ah (dholalah). Inilah yang disebut mazhab al-haq. Pengertian jama’ah di sini merujuk kepada para sahabat Nabi, ahli Ilmu, ahli ijma’, atau as-Sawadul A’zham (majoriti).
Semua itu kembali kepada satu makna, yaitu: “Orang yang mengikuti jalan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a, baik sedikit maupun banyak, sesuai dengan keadaan umat serta perbezaan zaman dan tempat.”
Kerana itu, Ibnu Mas’ud berkata:
“Al-Jama’ah ialah Orang yang menyesuaikan diri dengan kebenaran walaupun engkau seorang diri.” (Abu Syamah, al-Hawadits wal Bida’, hlm. 22, Abu Syamah menyebutkan bahwa pcrkataan ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Madkhal)
Dalam lafazh lain disebutkan: “Sesungguhnya al-jamaah itu ialah mentaati Allah, walaupun engkau seorang diri.” (al-Lalaka’i. Syarhus-Sunnah 1:108-109).