Tip Untuk Pelajar

Tajuk 1: Konsep Akidah

1. Akidah yang sempurna lahir daripada kepercayaan dan keyakinan yang kukuh.

i. Apakah maksud akidah ? ( 2 markah )

Jawapan :
Akidah ialah kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah S.W.T sifat-sifat kesempurnaanNYA berdasarkan dalil Naqli dan Aqli.

ii. Jelaskan dua perbezaan aqidah yang betul dan aqidah yang salah ? ( 4 markah )

Jawapan :
Ciri-ciri Aqidah yang betul :
A. Keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah,KeesaanNYA dan KekuasaanNYA.
B. Menjauhkan diri dari mensyirikkan Allah.
C. Kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah.
Ciri-ciri aqidah yang salah.
A. Menafikan keesaan dan kekuasaan Allah.
B. Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan Al-quran dan As-Sunnah.
C. Melakukan perbuatan yang mensyirikkan allah.

3. Mengapakah kita dituntut mempelajari Ilmu Aqidah ( 6 markah )

Jawapan :
A. Memantapkan keimanan dan keyakinan di dalam hati tentang kewujudan Allah.
B. Menjaga iman supaya selamat di dunia dan di akhirat.
C. Mempertahankan aqidah daripada diresapi ajaran yang menyeleweng.
D. Dapat mengenali ajaran aqidah yang salah seperti Black Metal dan Ayah Pin.

4. Nyatakan 2 nama lain bagi Ilmu Aqidah ? ( 2 markah )
Jawapan :
Ilmu Kalam – Ilmu Tauhid
Ilmu Makrifah – Ilmu Usuluddin

5. Huraikan dua kesan baik terhadap pelajar apabila memiliki aqidah yang sahih.
( 4 markah )
Jawapan :
-Pelajar terdorong untuk bercakap benar.
-Pelajar akan lebih menyayangi dan mengasihi ibu bapa.
-Pelajar akan lebih bermotivasi untuk mempelajari dan menghayati ajaran Islam.

6. Terangkan dua langkah untuk menyekat pengaruh negatif kepada diri anda ?
( 4 markah )
. Jawapan :
a. Berdoa pada Allah supaya menetapkan iman.
b. Berusaha menjaga kesucian iman.
c. Melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNYA.
Lain-lain jawapan yang munasabah

7. Alam syahadah adalah bukti tentang kewujudan dan kekuasaan Allah.

i. Apakah maksud Alam Syahadah ? ( 2 markah )
Jawapan :
Alam yang dapat dilihat,diperhati dan dikaji oleh pancaindera seperi pokok-pokok
gunung ganang,matahari,bulan bintang dan sebagainya

ii. Senaraikan tiga tanda kewujudan Allah S.W.T berdasarkan Alam Syahadah.
( 6 markah )
Jawapan :
Alam yang dapat dilihat,diperhati dan dikaji oleh pancaindera seperi pokok-pokok,gunung ganang,matahari,bulan bintang dan sebagainya

6.Nyatakan perbezaan diantara akidah dan syariah . ( 4 markah )

Jawapan :
Akidah : Kepercayaan di dalam hati tentang kewujudan Allah , malaikat ,kitab, rasul-rasul, hari akhirat serta Qadak dan Qadar.
Syariah : Peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah sama ada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau larangan.

7. Terangkan hubungan diantara akidah dan syariah beserta dengan contoh . ( 4 markah )

Jawapan :
Akidah : 1. Kepercayaan kepada Allah
2. Kepercayaan kepada Malaikat
Syariah :
1. Mentaati dan melaksanakan perintah-perintah Allah Taala.
2. Kepatuhan dengan kebaikan.
Tajuk 2 : ASAS AQIDAH ISLAM.

1. Aqidah yang sahih menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

i. Apakah sumber Aqidah yang sahih ? ( 2 markah )
Jawapan :
i. Al-quran
ii. Hadis Nabawi

ii. Jelaskan ciri-ciri Aqidah yang sahih. ( 4 markah )
Jawapan :
-keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah,keesaanNYA dan kekuasaanNYA.
-Menjauhkan diri dari mensyirikkan Allah.
-Kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

2. Ar-Rububiyat,Al-Uluhiyat,An-Nubuwat dan Al-Samiyyat adalah 4 aspek yang terdapat dalam ilmu aqidah.

iApakah maksud Al-Uluhiyat ? ( 2 markah )
Jawapan :
Al-Uluhiyat ialah mentauhidkan Allah yang bersifat dengan sifat
kesempurnaan.Hanya Allah yang wajib disembah,ditaati peraturanNYA dan
tempat berdoa dan berharap

ii. Jelaskan perkara yang dibincangkan dalam al-Samiyyat dan An-Nubuwat.
( 4 markah )
Jawapan :
Aspek Al-Samiyyat tentang perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia seperti dosa,pahala,syurga dan neraka.

Aspek An-Nubuwat tentang perutusan Nabi-Nabi,dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah untuk disampaikan kepada manusia.

3. Aqidah seseorang boleh rosak melalui perbuatan,pengucapan dan hati.

i.Bagaimanakah perbuatan yang boleh merosakkan Aqidah ? ( 4 markah )
Jawapan :
-Menyembah selain dari Allah seperti pokok dan batu.
-Memakai mana-mana lambang agama lain seperti salib dan tatu.
-menghina Al-Quran seperti mengoyak,memijak dan mencampak.
-menyertai upacara agama lain.

ii. Jelaskan factor yang mendorong salah laku Aqidah. ( 4 markah )
Jawapan :
-kurang mendalami ilmu-ilmu Islam
-tidak suka mendampingi ulama’
-terpengaruh dengan budaya dan hiburan yang merosakkan akhlak dan aqidah.
-berkawan dengan orang yang rosak akhlak.

iii. Huraikan 3 langkah untuk memelihara Aqidah. ( 6 markah )

Jawapan :
-membaca dan memahami Al-Quran dan Hadis Nabi.
-nasihat-manasihati kearah kebaikan.
-memelihara ibadat-ibadat fardhu.
-sentiasa mengingati Allah.

Tajuk 3 : KONSEP MUSLIM DAN MUKMIN;

1. Asas aqidah Islam ialah islam ,iman dan ihsan.

i. Jelaskan maksud ihsan. ( 2 markah )
Jawapan :
-membaca dan memahami Al-Quran dan Hadis Nabi.
-nasihat-manasihati kearah kebaikan.
-memelihara ibadat-ibadat fardhu.
-sentiasa mengingati Allah.

2. Apakah perbezaan diantara mukmin dan muslim. ( 4 markah )
Jawapan :
-Muslim : orang yang beriman,percaya dengan rukun-rukun iman.
-Mukmin : orang yang beriman dengan rukun iman dan beramal dengan rukun-rukun tersebut.

3. Nyatakan sifat-sifat muslim dan mukmin. ( 4 markah )
Jawapan :
i.menunaikan solat denga khusyuk.
ii.berakhlak mulia dengan menghormati pendapat orang lain.
iii.menjaga kehormatan diri
iv.melakukan sesuatu amalan dengan ikhlas.

4. Bagaimanakah cara untuk diri menjadi muslim dan mukmin sejati. ( 4 markah )
Jawapan :
-mempelajari Ilmu fardhu ain dan Fardhu Kifayah.
-beramal dengan ilmu yang bermanfaat.
-berdamping dengan para ilmuan.
-merancang masa hadapan
-sentiasa membaca Al-Quran & berzikir.

5. Huraikan 3 sifat Ihsan dalam kehidupan. ( 6 markah )

Jawapan :
-melakukan sesuatu ibadat atau pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah.
-melakukan kerja mengikut prosuder yang tepat.
-bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah.
-mempamerkan imej yang berketrampilan.

Tajuk 4 : RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM

1. Setiap umat islam wajib beriman kepada Rukun-Rukun Iman.

i.Bagaimanakah cara beriman kepada Allah ? ( 2 markah )
Jawapan :
Menyakini bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.Dialah yang maha Esa dan memiliki sifat kesempurnaan.

ii.Nyatakan dua kesan beriman kepada Allah. ( 4 markah )
Jawapan :
-terpelihara daripada melakukan maksiat
-mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat
-dapat memelihara kesucian aqidah.

2.Jelaskan akibat tidak mempercayai rukun iman. ( 4 markah )

Jawapan :
-terbatal iman.
-mudah melakukan dosa
-terdedah kepada perkara-perkara negative seperti malas
-tidak menghormati orang lain
-meragui kebesaran dan kekuasaan Allah.

3. Jelaskan tiga hikmat mempercayai rukun iman terhadap individu muslim.
( 6 markah )
Jawapan :

a. yakin akan keesaan dan kekuasaan Allah.
b. Mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
c. Mendorong untuk melakukan perkara kebaikan .
d. Berakhlak mulia, bersopan santun dan bermotivasi.

4. Bagaimanakah anda beriman dengan hari Akhirat ? ( 2 markah )
Jawapan : wajib mempercayai bahawa alam ini akan hancur binasa dan seterusnya manusia akan dibangkitkan daripada kubur, dihimpunkan di Mahsyar dan dimasukkan kedalam syurga atau neraka.

5. Jelaskan cara beriman kepada Malaikat . ( 2 markah )

Jawapan : wajib mempercayai bahawa malaikat makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan minum, tidak berjantina dan sentiasa mentaati segala perintah Allah.

Tajuk 5 : DALIL KEWUJUDAN ALLAH.

1.
ولقد خلقنا الإنسان من سللة من طين (12)

Maksudnya : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati ( yang berasal ) dari tanah.

Berdasarkan ayat :

i. Terangkan peringkat-peringkat kejadian manusia ( 4 markah )

Jawapan :
-bermula dari setitis air mani ( Nutfah )
-bertukar menjadi Alaqah ( darah beku )
-bertukar menjadi mudghah ( seketuk daging )
-ditiupkan roh dan terbentuk manusia sempurna.

2. Kejadian alam yang unik ini adalah satu tanda kekuasaan Allah.
i. Nyatakan dua bukti yang menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T berdasarkan kejadian alam. ( 4 markah )

Jawapan :
-peredaran planet-planet tanpa berlaku perlanggaran
-kejadian malam dan siang yang pasti dan teratur.

3. Terangkan tiga sifat muslim mukmin bersyukur di atas nikmat Allah. ( 6 markah )
Jawapan :
i.sentiasa memelihara dan menjaga nikmat-nikmat Allah dengan sebaik-baiknya.
ii.menjauhi sifat-sifat yang tidak bertanggungjawab seperti menzlimi binatang,memusnahkan tanaman dan lain-lain.
iii.menggunakan nikamt-nikmat yang Allah berikan dengan sebaik mungkin

4. Jelaskan dua hikmat memerhati tentang kejadian siang dan malam.( 4 markah )
Jawapan :
i. waktu siang dijadikan oleh Allah untuk manusia bekerja.
ii. waktu malam untuk manusia berehat.

5. Senaraikan empat kejadian di alam ini yang diluar kemampuan manusia. ( 4 markah )

Jawapan :
i. kejadian siang dan malam
ii. kejadian planet-planet
iii. kejadian manusia
iv. kejadian hujan

Sembelihan Korban Satu Ekor Kambing Untuk semua Keluarga.

Dalam melaksanakan ibadat korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, marilah kita berusaha sedaya upaya untuk mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

Pertamanya, dalam persoalan hukum ibadah korban ini, para ulama telah berselisih pendapat dalam hal kewajipan penyembelihan binatang korban. Tetapi menurut pendapat yang lebih kuat (rajih) adalah hukumnya wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Lihat: احكام العيدين hlm. 26. Ali Hasan Ali Abdul hamid) Ini bermakna setiap muslim yang berkemampuan wajib menunaikan kewajipan korban di setiap kali menjelangnya Aidil Adha.

Berkorban hanya sah dilakukan setelah selesai solat Hari Raya ‘Idil Adha atau di hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Janganlah sekali-kali salah seorang antara kamu menyembelih korban, sehinggalah selepas selesai solat (Aidil Adha)”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Allah memerintahkan agar orang-orang beriman berkorban setelah menjelangnya ‘Idil Adha (Hari Raya Korban). Kewajipan berkorban telah disyariatkan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. Umat Islam diperintahkan agar mengikut millah (agama) Nabi Ibrahim. Rujuk firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 123.

Perintah Allah menunjukkan tentang wajibnya berkorban, sehingga Nabi Ibrahim a.s sanggup menyembelih anak kesayangannya kerana mentaati dan menunaikan perintah Allah kepadanya.

Jika Nabi Ibrahim a.s sanggup mengorbankan satu-satunya anak yang tersayang, Nabi Ismail pula sanggup mengorbankan nyawanya yang tak ternilai kerana taat menunaikan perintah Allah dan cintanya kepada-Nya, maka di mana bukti cinta seseorang yang mengaku beriman terhadap Rabbnya, mengapa tidak mengorbankan sedikit dari hartanya, iaitu dengan menyembelih seekor binatang korban di ‘Idil Adha.

DALIL-DALIL KEWAJIPAN MELAKUKAN KORBAN

Antara dalil-dalil syara’, fatwa dan pendapat para ulama Salaf as-Soleh (generasi awal) yang menyatakan bahawa berkorban hukumnya wajib apabila ada kemampuan ialah:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”. (Al-Kausar, 2)

Menurut Rabi’ah, Al-Auza’i, Abu Hanifah, al-Laith dan sebahagian para pengikut Malikiyah bahawa berkorban hukumnya adalah wajib bagi setiap ahli keluarga yang mampu. (Lihat: (1). Bidayah al-Mujtahid. 1/314. Ibn Asyd. (2). Al-Fikhul Islami wa-Adillatuhu. Juz 3/595-597. Dr. Wahbad az-Zuhaili) Antara dalil-dalil mereka yang menunjukkan wajibnya berkorban kepada sesiapa yang berkemampuan ialah:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”.

“Dari Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah menetap (bermukim) di Madinah selama sepuluh tahun, baginda tetap menunaikan korban”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

“Di masa Rasulullah s.a.w, setiap seseorang lelaki berkorban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya”. (H/R Tirmizi, kitab al-Adhahi 2/1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 2/2546 (dengan sanad yang sahih). Hadis ini disahihkan juga oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah. Hakim (disahihkan oleh beliau))

“Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)

“Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di salah satu perjalanan (safar), kemudian tiba Hari Raya Korban, maka kami berkongsi tujuh orang pada seekor lembu dan sepuluh orang pada seekor unta”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi, 1213. Dan disahihkan oleh al-Albani)

“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah s.a.w di Hudaibiyah, iaitu unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Imam Malik rahimahullah berkata:

“Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum berkorban adalah sunnah, bukan wajib. Inilah antara pendapat Imam Syafie rahimahullah. Namun setiap kata-kata dan pendapat boleh diterima dan ditolak, kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

WAKTU MULA MENYEMBELIH KORBAN

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat Hari Raya. Tidak dihukum sebagai ibadah korban bagi sesiapa yang menyembelih sebelum selesainya solat Aidil Adha. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Baginda bertanya apakah (disembelih) sebelum solat? Ia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Itu adalah daging kambing (sedekah) yang bukan kambing korban”.

“Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Hari Raya Korban) ialah kita solat, kemudian menyembelih (binatang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu dia telah mendpatkan sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan bagi keluarganya, bukan termasuk binatang korban sedikitpun”. (Hadis Riwayat Muslim, 1961)

ADAKAH BATAS UMUR BAGI HAIWAN KORBAN?

Harus mencapai usia Musinnah dan Jadza’ah

“Janganlah kalian menyembelih kecuali setelah mencapai usia musinnah (usia yang cukup bagi unta, lembu, dan kambing). Namun apabila mengalami kesukaran, maka sembelihlah binatang yang telah mencapai usia jadza’ah (usia yang cukup) dari domba (kibas).” (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh kerana tidak ada ketentuan syar’i berkenaan batasan usia, maka terjadilah perbezaan pendapat di kalangan ulama. Akan tetapi pendapat yang paling banyak dipilih dari kalangan mereka adalah sebagaimana berikut; Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kambing 1 tahun, dan kibas (domba) 6 bulan. Pendapat ini dipilih oleh Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah di dalam asy-Syarhul Mumti’, 7/460.

HAIWAN YANG TIDAK CACAT

Haiwan yang ingin dijadikan korban tidak boleh cacat atau ada kekurangan, seperti kurus, pincang (tempang), berpenyakit, buta walau sebelah mata, hilang telinga, tanduk atau kakinya. Syarat-syarat ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Empat (jenis binatang) yang tidak dibolehkan dalam berkorban: Buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang (pincang) yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Hakim)

PERKARA-PERKARA YANG SUNNAH

Ada beberapa perkara yang disunnahkan bagi mereka yang melakukan korban, antaranya:

1 – Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (Hadis Riwayat Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah)

“Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (Hadis Riwayat Muslim)

2 – Makan daging sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih:

“Makanlah sebahagian daripadanya, dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. (Al-Haj, 22:28)

“Bahawa Nabi s.a.w bersabda: Makanlah (dagingnya), simpanlah (jika ada yang lebih) dan bersedekahlah”. Hadis Riwayat Bukhari 5569. Muslim 197)

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan aku untuk menyemblih binatang korbannya dan membahagi-bahagikan dagingnya, kulitnya dan alat-alat yang melindungi tubuhnya. Dan tidak memberi (sebagai upah) tukang sembelih sedikitpun dari korban tersebut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut pendapat jumhur ulama, setiap yang bermanfaat yang datangnya dari tubuh binatang korban tidak boleh diperjualbelikan. Tukang sembelih yang diupah untuk menyembelih tidak mendapat daging korban dan tidak boleh diupah dengan daging korban, tetapi yang dia dapat hanyalah upah dari yang berkorban sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis di atas.

3 – Disunnahkan bagi yang berkorban menyembelih sendiri binatang sembelihannya, atau mewakilkan kepada orang lain.
Untuk memperlihatkan syiar Islam, maka disunnahkan agar menyembelih di musalla (di tanah lapang yang digunakan untuk solat). Ini berdalilkan hadis dari Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w :

“bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di Musalla”. (Hadis Riwayat Bukhari)

MENYEMBELIH SECARA SUNNAH

Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam.
Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar (بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ).
Baringkanlah binatang korban pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri, sebagaimana hadis Rasulullah:

“Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyembelih dua ekor kibasy yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

TIDAK MEMBERIKAN DAGING KURBAN SEBAGAI UPAH

Nabi s.a.w. pernah menyuruhku untuk menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya, dan aku tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih dari haiwan korban tersebut. Dan dia mengatakan: “Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” (Hadis Riwayat Muslim, 1317)

SATU SEMBELIHAN UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA

Seekor binatang korban, sama ada kambing atau lembu, boleh dikongsi pahalanya untuk dirinya, untuk orang-orang yang dalam tanggungannya dan untuk kesemua ahli keluarganya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing. Kerana seorang ketua keluarga mewakili seluruh keluarganya apabila dia berkorban. Ini berdasarkan hadis:

“Berkata Ata bin Yasar: Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari bagaimana sifat sembelihan dimasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Beliau menjawab: Jika seseorang berkorban seekor kambing, maka untuk dia dan semua keluarganya. Kemudian mereka makan dan memberi makan dari korban tersebut”. (Hadis Rriwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, Malik dan al-Baihaqi. Dengan sanadnya yang hasan)

Namun, tidak ada larangan jika setiap individu dalam sebuah keluarga berkorban seekor kambing setiap seorang.

HITUNGAN WAKTU KETUHANAN MENGIKUT AL-QUR’AN

Kita tidak menemukan kejanggalan dalam Al-Qur’an mengenai konsep “hari” di sisi Tuhan. Secara tegas, dua kali Allah berfirman dalam Al-Qur’an menyangkut “hari” di sisi-Nya:

[QS.22:47] Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

[QS.32:5] Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.

Menurut dua ayat Al-Qur’an di atas, satu “hari” di sisi Allah adalah seperti seribu tahun menurut perhitungan manusia. Ringkasnya, menurut Al-Qur’an, konsep “hari” di sisi Allah berbeda dengan konsep “hari” menurut perhitungan manusia dimana satu “hari” lamanya hanya 12 jam saja.** Dan ini cukup logis mengingat Allah tidak bertempat tinggal di bumi, tetapi di atas ‘Arasy (QS.13:2; 20:5), sehingga tidak perlu “hari”-Nya dihitung berdasarkan terbit-terbenamnya matahari seperti manusia menghitung lamanya hari. Matahari, hanyalah salah satu bintang dari milyaran bahkan trilyunan bintang yang diciptakan-Nya.

HARI TUHAN DALAM ALKITAB

Sebelum menguraikan lebih lanjut mengenai konsep “hari” di sisi Tuhan menurut Alkitab, maka ayat-ayat Alkitab yang berkenaan dengan “hari” Tuhan disuguhkan di bawah ini:

Kitab Keluaran:

20:8 Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat:
20:9 enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu,
20:10 tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau hewanmu atau orang asing yang di tempat kediamanmu.
20:11 Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menguduskannya.

(Harap baca juga Kitab Keluaran 31:12-18).

Menurut catatan Alkitab dalam Kitab Keluaran 20:11 di atas, dinyatakan bahwa “enam hari lamanya Tuhan menjadikan langit dan bumi dan segala isinya dan Tuhan berhenti bekerja pada hari ketujuh”. Karena itulah “Tuhan memberkati hari Sabat (Sabtu) dan menguduskannya”.

Tak bisa dibantah lagi, menurut Kitab Keluaran di atas, Tuhan menciptakan langit dan bumi dan segala isinya selama enam “hari” yang lamanya sama persis seperti “hari” menurut perhitungan manusia, yakni 12 jam.

Dijelaskan dalam ayat-ayat Kitab Keluaran di atas, bahwa “Tuhan berhenti pada hari ketujuh”, yakni pada hari Sabat atau hari Sabtu. Sehingga, “enam hari penciptaan langit dan bumi dan segala isinya” adalah Minggu, Senin, Selasa, Rabu, Kamis, dan Jumat.

Jadi, sekali lagi, konsep “hari” di sisi Tuhan menurut Alkitab adalah sama dengan konsep “hari” menurut perhitungan manusia, yakni selama 12 jam saja.

KEMUSTAHILAN HARI TUHAN DALAM ALKITAB

Sebagaimana sudah dijelaskan di atas, bahwa satu “hari” di sisi Tuhan menurut Alkitab adalah sama dengan satu “hari” menurut perhitungan manusia, maka ayat-ayat Alkitab di bawah ini yang menunjukkan kemustahilan “hari” Tuhan harus disuguhkan berikut ini:

Kitab Kejadian:

1:3. Berfirmanlah Allah: “Jadilah terang.” Lalu terang itu jadi.
1:4 Allah melihat bahwa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap.
1:5 Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama.

1:14. Berfirmanlah Allah: “Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun,
1:15 dan sebagai penerang pada cakrawala biarlah benda-benda itu menerangi bumi.” Dan jadilah demikian.
1:16 Maka Allah menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan yang lebih kecil untuk menguasai malam, dan menjadikan juga bintang-bintang.
1:17 Allah menaruh semuanya itu di cakrawala untuk menerangi bumi,
1:18 dan untuk menguasai siang dan malam, dan untuk memisahkan terang dari gelap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.
1:19 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keempat.

2:1. Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya.
2:2 Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu.
2:3 Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.

Sebagaimana kita ketahui, bahwa manusia menghitung lamanya “hari” berdasarkan terbit dan terbenamnya matahari terhadap bumi. Terbit dan terbenamnya matahari ini, tidak lain disebabkan oleh perputaran bumi pada porosnya (rotasi) terhadap matahari, sehingga terjadilah apa yang disebut siang dan malam.

Sehubungan dengan hal tersebut, catatan Alkitab dalam Kitab Kejadian di atas menunjukkan kemustahilan “hari” Tuhan dalam Alkitab.

Sebagaimana dijelaskan sebelumnya, bahwa satu “hari” di sisi Tuhan dalam Alkitab adalah sama dengan satu “hari” menurut perhitungan manusia, maka Kejadian 1:3-5 menunjukkan kemustahilan “hari” Tuhan. Menurut Kejadian 1:5, Tuhan menciptakan siang dan malam pada “hari” pertama, yakni Minggu. Padahal, menurut Kejadian 1:16, matahari, yang menjadi penyebab terjadinya siang dan malam, baru diciptakan pada “hari” keempat atau Rabu. Lebih jauh, bagaimanakah Alkitab menetapkan “hari” pertama (Minggu), kedua (Senin), dan ketiga (Selasa) pada tahapan penciptaan langit dan bumi, sementara matahari baru diciptakan pada “hari” keempat (Rabu)?

Lebih jauh lagi, Tuhan tidak bertempat tinggal di bumi, tetapi di suatu tempat yang tidak dapat dijangkau oleh manusia. Kita bisa membayangkan, betapa luasnya jagat raya ini, ada milyaran bahkan trilyunan bintang atau “matahari” di jagat raya ini. Bagaimana mungkin satu “hari” di sisi Tuhan sama dengan 12 jam seperti perhitungan manusia? Memangnya Tuhan bertempat tinggal di bumi sampai hari kiamat? Menurut banyak ayat dalam Alkitab (al. Matius 5:16), Tuhan bertempat tinggal di sorga. Pertanyaannya, apakah di sorga ada matahari sehingga lamanya “hari” Tuhan sama dengan lamanya “hari” manusia di bumi?

Dengan demikian, maka konsep “hari” Tuhan yang semula dianggap remeh oleh para pembaca Alkitab, sekarang menemukan identitasnya, yaitu bahwa Alkitab sama sekali bukan firman Allah, tetapi merupakan karangan manusia yang masih sangat terbatas wawasannya pada waktu itu khususnya menyangkut ilmu ruang angkasa. Akankah kita beriman pada kemustahilan catatan Alkitab seperti ini?

Keterangan:

**12 jam adalah perkiraan lamanya waktu dalam sehari di bumi, yang perhitungannya diambil dari zone waktu sepanjang garis katulistiwa.

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI

Tentang penciptaan langit dan bumi dalam waktu enam hari ini telah diinformasikan Allah swt didalam beberapa ayatnya, seperti :

وَهُوَ الَّذِي خَلَق السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

Artinya : “Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.” (QS. Huud : 7)

وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

Artinya : “dan Sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa.” (QS. Qaff : 38)

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

Artinya : “Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa.” (QS. Sajdah : 4)

قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَندَادًا ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ ﴿٩﴾
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِن فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاء لِّلسَّائِلِينَ ﴿١٠﴾
ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ ﴿١١﴾
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاء أَمْرَهَا

Artinya : “Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam”. dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya. kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa”. keduanya menjawab: “Kami datang dengan suka hati”. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.” (QS. Fushilat : 9 – 12)

Sayyid Qutb mengatakan,”.. Hari-hari apa itu : dua hari untuk menciptakan bumi dan dua hari untuk menciptakan gunung-gunung yang kokoh, menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dan memberkahinya sehingga seluruhnya sempurna dalam empat hari. (Fii Zhilalil Qur’an juz V hal 3110)

Imam Al Qurthubi mengatakan bahwa makna “dalam dua hari” adalah ahad dan senin… Qatadah dan Mujahid mengatakan bahwa Dia swt menciptakan di bumi, sungai-sungai, pepohonan dan binatang melata pada hari selasa dan rabu.
Sedangkan makna “dalam empat hari” adalah sempurna dalam empat hari, seperti seorang yang mengatakan,”Aku pergi dari kota Basrah ke Bagdad dalam sepuluh hari kemudian ke Kufah dalam lima hari. Jadi itu sempurna dalam lima belas hari.” (Al Jami’ Li Ahkamil Qur’an jilid VIII hal 290)

Imam Ath Thabari mengatakan bahwa makna firman-Nya “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua hari” adalah hari ahad dan hari senin, sebagaimana berita dari Rasulullah saw dan perkataan para ulama. (Tafsir Ath Thabari juz XXI hal 432)

Didalam sunnah disebutkan bahwa bumi diciptakan dalam tujuh hari, sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairoh bahwa Rasulullah saw memegang tanganku dan bersabda,’”Allah swt telah menciptakan tanah pada hari sabtu, menciptakan di bumi gunung-gunung pada hari ahad, menciptakan pepohonan pada hari senin, menciptakan yang tidak disukai pada hari selasa, menciptakan cahaya pada hari rabu, menyebarkan binatang melata di bumi pada hari kamis, menciptakan Adam pada hari jum’at setelah ashar yang merupakan akhir penciptaan di akhir waktu dari waktu-waktu hari jum’at yaitu antara ashar hingga malam.”

Para ulama berbeda pendapat tentang hadits ini, Yahya bin Ma’in, Abdurrahman bin Mahdiy, Bukhori dan yang lainnya mengatakan bahwa hadits itu keliru dan ia bukanlah dari perkataan Nabi saw, bahkan Bukhori menjelaskan didalam “at Tarikh al Kabir” bahwa itu adalah perkataan Ka’ab seorang alim.

Diantara yang berpendapat seperti itu juga Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qoyyim. Syeikhul Islam mengatakan bahwa dalil terhadap mereka adalah telah jelas disebutkan didalam Al Qur’an, Sunnah dan Ijma bahwa Allah swt telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari dan yang terakhir diciptakan adalah Adam pada hari jum’at. Terdapat perbedaan terhadap hadits ini yang menyebutkan bahwa Allah menciptakan itu semua dalam tujuh hari, dan terdapat riwayat dengan sanad yang lebih shahih dari itu bahwa awal penciptaan adalah pada hari ahad. (Majmu’ al Fatawa juz I hal 256)

Ada kalangan ulama yang menshahihkan hadits ini dan mengatakan bahwa tidak ada pertentangan antara hadits itu dengan al Qur’an. Al Qur’an menyebutkan bahwa penciptaan langit dan bumi dalam enam hari sementara hadits ini menyebutkan penciptaan segala yang ada di bumi berupa tanah, gunung-gunung dan yang lainnya, dan tujuh hari itu bukanlah enam hari yang disebutkan didalam Al Qur’an.

Asy Syeikh Al Albani dalam catatannya terhadap “Misykat al Mashobih” (3/1598) mengatakan bahwa hadits itu tidaklah bertentangan dengan Al Qur’an dari sisi manapun, berbeda dengan anggapan sebagian orang. Sesungguhnya hadits itu menjelaskan tentang keadaan penciptaan bumi saja dan itu berlangsung dalam tujuh hari sedangkan nash Al Qur’an menyebutkan bahwa penciptaan langit dan bumi dalam enam hari dan bumi dalam dua hari yang tidak bertentangan dengan hadits diatas karena adanya kemungkinan bahwa enam hari ini berbeda dengan tujuh hari yang disebutkan didalam hadits.

Bahwa hadits tersebut menceritakan tentang satu tahapan dari tahapan-tahapan perkembangan penciptaan bumi sehingga layak untuk dihuni yang dikuatkan oleh Al Qur’an yang menyebutkan sebagian hari disisi Allah sama dengan seribu tahun dan sebagiannya setara dengan lima puluh ribu tahun. Maka apakah ada halangan bahwa enam hari itu seperti demikian? Dan yang tujuh hari seperti hari-hari kita? sebagaimana dijelaskan hadits, dengan demikian tidak ada pertentangan antara hadits dengan al Qur’an.

Hal itu juga dikuatkan oleh yang diriwayatkan oleh al Hakim dan al Baihaqi dengan sanad yang shahih dari Said bin Jabir berkata,”Telah datang seorang laki-laki kepada Ibnu Abbas dan berkata,”Aku menyaksikan berbagai pertentangan didalam Al Qur’an.’ Ibnu Abbas berkata,’Berikan apa yang menurutmu bertentangan.’

Orang itu berkata,’aku mendengar firman Allah swt, “Katakanlah: ” Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua hari.” Hingga firman-Nya “dengan suka hati”. Dia swt memulai penciptaan bumi didalam ayat ini sebelum penciptaan langit, kemudian firman-Nya swt didalam ayat lain”Apakah kamu lebih sulit penciptaanya ataukah langit? Allah Telah membinanya” kemudian Dia berfirman “Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.” Allah swt menyebutkan penciptaan langit sebelum penciptaan bumi. Ibnu Abbas menjawab,’Adapun penciptaan bumi dalam dua hari. Sesungguhnya bumi diciptakan sebelum langit, langit dahulunya adalah asap kemudian Allah jadikan tujuh langit dalam dua hari setelah penciptaan bumi. Adapun firman-Nya,” “Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.” dia berkata,’Dia menjadikan di bumi gunung, sungai, pohon dan lautan.

Ini menunjukkan adanya dua penciptaan : penciptaan bumi pada awalnya dan penciptaan apa-apa yang ada diatasnya, seperti gunung-gunung dan sungai-sungai. (www.islamweb.net)

Tentang hari-hari yang ada didalam ayat itu, Sayyid Qutb mengatakan bahwa tidak disangsikan lagi hari-hari itu adalah hari-hari yang batasannya hanya Allah saja yang mengetahuinya. Ia bukanlah hari-hari di bumi. Hari-hari di bumi hanyalah qiyas waktu yang ada setelah kelahiran bumi.

Dan sebagaimana di bumi terdapat hari-hari yaitu waktu perputarannya mengelilingi matahari, begitu juga dengan planet-planet yang memiliki hari-harinya dan bintang memiliki hari-hari yang berbeda dengan hari-hari bumi, sebagiannya lebih pendek dari hari-hari bumi dan sebagian lainnya lebih panjang.

Hari-hari yang diciptakan didalamnya bumi pertama kali kemudian mencakup diatasnya gunung-gunung, menentukan kadar-kadar makanannya adalah hari-hari yang diqiyaskan dengan ukuran yang lain yang tidak kita ketahui akan tetapi kita mengetahui bahwa hal itu jauh lebih panjang dari hari-hari bumi yang kita kenal.

Dan yang paling dekat bisa kita renungkan sesuai dengan pengetahuan kita sebagai manusia adalah bahwa hari-hari itu adalah zaman yang telah dilalui bumi masa demi masa sehingga bumi kokoh dan padat permukaannya sehingga menjadi layak untuk dihuni. Dan hal itu seperti yang telah disebutkan oleh berbagai teori yang ada dihadapan kita yaitu sekitar dua ribu juta tahun dari tahun-tahun bumi!

Ini hanya sebatas perkiraan ilmiyah yang bersandar pada riset bebatuan dan perkiraan usia bumi dengan perantaraannya. Kita didalam dirosah Al Qur’an tidaklah mengatakan bahwa perkiraan-perkiraan itu adalah realita akhir padahal asalnya bukanlah demikian. Dan tidaklah perkiraan itu kecuali sebatas teori-teori yang memungkinkan adanya perbaikan.

Kita tidak menempatkan Al Qur’an untuk hal yang demikian akan tetapi kita mendapati bahwa terkadang teori-teori itu benar dan kita melihat adanya kedekatan antara teori-teori itu dengan nash Al Qur’an dan kita mendapati bahwa teori itu bisa menjadi penjelasan bagi nash Al Qur’an tanpa adanya upaya tipu daya. Dari sini kita dapati bahwa teori ini yang paling dekat dengan kebenaran karena ia paling dekat dengan kandungan nash Al Qur’an. (Fii Zhilalil Qur’an juz V hal 3110)

Wallahu A’lam

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com offers free mobile phones. | Thanks to PalmPreBlog.com, Facebook Games and Fettverbrennungsofen